1.0 PENGENALAN
Kerja kursus untuk subjek Perkembangan Kanak-kanak yang berkod EDU 3102 telah diamanahkah kepada semua guru pelatih PIMSP Semester 1 Ambilan Jan 2013. Untuk melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih seorang murid yang berusia 11 tahun sebagai murid yang saya memerhati dan mengkaji. Murid ini bernama Tsai Jia Hui. Saya menjalani PBS di SJKC Chung Hua No.3 selama seminggu. Saya telah mengambil kesempatan itu untuk mencari seorang murid di sekolah untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran/perkembangan kanak-kanak tersebut berdasarkan perkembangan daripada segi sosial dan emosi.
Namun, pemerhatian saya hanya boleh dilangsungkan untuk 2 hari disebabkan masa yang terhad. Saya hanya diberikan peluang untuk memasuki kelas pada hari Rabu. Hari Khamis merupakan cuti peristiwa sekolah. Saya telah menyambung kajian saya pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, saya telah cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuk tugasan ini.
Semasa sesi suai kenal dijalankan, Tsai Jia Hui tidak banyak bercakap. Murid ini agak segan dan malu mada mulanya. Tetapi selepas menjalankan aktiviti dengannya, Jia Hui mula bersikap aktif dan pandai menjawab semua soalan yang diajukan. Butiran yang selanjutnya akan diterangkan nanti.
Kanak-kanak merupakan aset yang paling penting kepada negara kita kerana mereka merupakan generasi yang akan menjadi pelapis pucuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Perkembangan kanak-kanak dari semua aspek seperti kognitif dan bahasa, fizikal, serta sosial dan emosi haruslah diawasi, dikawal dan diurus dengan baik. Pertumbahan dan perkembangan yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu akan melahirkan modal insan yang terulung.
Bidang perkembangan yang saya fokuskan adalah perkembangan sosial dan emosi murid ini.
1.1 DEFINISI SOSIAL
Perkataan SOSIAL menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Perkembangan sosial adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar cara-cara berinteraksi dan berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini melibatkan cara seseorang itu berfikir dengan kendiri, orang lain, dan perhubungan sosial.
Manusia melalui perkembangan sosial dengan beberapa tahap bermula sejak kecil lagi. Kanak-kanak sangat dititikberatkan dalam penglibatan bersosial dan membenarkan mereka untuk belajar dengan lebih meluas. Proses perkembangan sosial membolehkan kanak-kanak berinterasksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh difahami dan diterima masyarakat dan juga membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial yang bersesuaian dengan persekitaran.
1.2 DEFINISI EMOSI
Perkataaan EMOSI berasal daripada perkataan Greek iaitu “emover” yang membawa maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Secara umumnya emosi memang akan dikaitkan dengan perasaan seseorang individu tersebut. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh digambarkan melalui ekspresi wajah. perasaan atau emosi ini mempunyai tiga komponen iaitu perasaan dalaman tertentu, corak rangsangan fisiologi dan corak penonjolan perasaan secara terbuka.
Menurut kamus Advanced Learner‟s English-MalayDictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
Emosi manusia wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan kekuatan. Oleh itu, emosi dapat dikelompokan kepada dua kelompok. kelompok yang pertama menyatakan emosi positif dan negatif. Emosi positif dan negatif adalah emosi suka, sayang, gembira dan sebagainya, manakala emosi negatif adalah emosi yang berlawanan dengan emosi positif seperti takut, marah dan sedih. Kelompok yang kedua adalah primer atau bercampur. Emosi primer adalah perasaan gembira, terperanjat, sedih marah, takut dan malu iaitu emosi yang berlaku secara bersendirian. Manakala emosi bercampur pula adalah satu keadaan kompleks seperti merasa kecewa. Hal ini adalah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yang merupakan gabungan perasaan sayang dan marah.
Justeru, sosio-emosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.
1.3 PERKEMBANGAN SOSIAL-EMOSI
Perkembangan sosial-emosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Kanak-kanak yang berkembang dengan menyeluruh dalam sosial-emosi berupaya menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain. Penguasaan kemahiran ini membolehkan kanak-kanak itu belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupana bermasyarakat.
Perkembangan sosial-emosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.
Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni.
No comments:
Post a Comment