Saturday 8 January 2000

Perkembangan Kanak-kanak (Assignment) EDU 3102

Saturday 8 January 2000
1.0 PENGENALAN

Kerja kursus untuk subjek Perkembangan Kanak-kanak yang berkod EDU 3102 telah diamanahkah kepada semua guru pelatih PIMSP Semester 1 Ambilan Jan 2013. Untuk melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih seorang murid yang berusia 11 tahun sebagai murid yang saya memerhati dan mengkaji. Murid ini bernama Tsai Jia Hui. Saya menjalani PBS di SJKC Chung Hua No.3 selama seminggu. Saya telah mengambil kesempatan itu untuk mencari seorang murid di sekolah untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran/perkembangan kanak-kanak tersebut berdasarkan perkembangan daripada segi sosial dan emosi.
Namun, pemerhatian saya hanya boleh dilangsungkan untuk 2 hari disebabkan masa yang terhad. Saya hanya diberikan peluang untuk memasuki kelas pada hari Rabu. Hari Khamis merupakan cuti peristiwa sekolah. Saya telah menyambung kajian saya pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, saya telah cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuk tugasan ini.
Semasa sesi suai kenal dijalankan, Tsai Jia Hui tidak banyak bercakap. Murid ini agak segan dan malu mada mulanya. Tetapi selepas menjalankan aktiviti dengannya, Jia Hui mula bersikap aktif dan pandai menjawab semua soalan yang diajukan. Butiran yang selanjutnya akan diterangkan nanti.
Kanak-kanak merupakan aset yang paling penting kepada negara kita kerana mereka merupakan generasi yang akan menjadi pelapis pucuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Perkembangan kanak-kanak dari semua aspek seperti kognitif dan bahasa, fizikal, serta sosial dan emosi haruslah diawasi, dikawal dan diurus dengan baik. Pertumbahan dan perkembangan yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu akan melahirkan modal insan yang terulung.
Bidang perkembangan yang saya fokuskan adalah perkembangan sosial dan emosi murid ini.

1.1 DEFINISI SOSIAL

Perkataan SOSIAL menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama  bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Perkembangan sosial adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar cara-cara berinteraksi dan berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini melibatkan cara seseorang itu berfikir dengan kendiri, orang lain, dan perhubungan sosial.
Manusia melalui perkembangan sosial dengan beberapa tahap bermula sejak kecil lagi. Kanak-kanak sangat dititikberatkan dalam penglibatan bersosial dan membenarkan mereka untuk belajar dengan lebih meluas. Proses perkembangan sosial membolehkan kanak-kanak berinterasksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh difahami dan diterima masyarakat dan juga membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial yang bersesuaian dengan persekitaran.

1.2 DEFINISI EMOSI

Perkataaan EMOSI berasal daripada perkataan Greek iaitu “emover” yang membawa maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Secara umumnya emosi memang akan dikaitkan dengan perasaan seseorang individu tersebut. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh digambarkan melalui ekspresi wajah. perasaan atau emosi ini mempunyai tiga komponen iaitu perasaan dalaman tertentu, corak rangsangan fisiologi dan corak penonjolan perasaan secara terbuka.
Menurut kamus Advanced Learner‟s English-MalayDictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
Emosi manusia wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan kekuatan. Oleh itu, emosi dapat dikelompokan kepada dua kelompok. kelompok yang pertama menyatakan emosi positif dan negatif. Emosi positif dan negatif adalah emosi suka, sayang, gembira dan sebagainya, manakala emosi negatif adalah emosi yang berlawanan dengan emosi positif seperti takut, marah dan sedih. Kelompok yang kedua adalah primer atau bercampur. Emosi primer adalah perasaan gembira, terperanjat, sedih marah, takut dan malu iaitu emosi yang berlaku secara bersendirian. Manakala emosi bercampur pula adalah satu keadaan kompleks seperti merasa kecewa. Hal ini adalah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yang merupakan gabungan perasaan sayang dan marah.

Justeru, sosio-emosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

1.3 PERKEMBANGAN SOSIAL-EMOSI

Perkembangan sosial-emosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Kanak-kanak yang berkembang dengan menyeluruh dalam sosial-emosi berupaya menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain. Penguasaan kemahiran ini membolehkan kanak-kanak itu belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupana bermasyarakat.
Perkembangan sosial-emosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.
Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia EDU 3101

PENGHARGAAN

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

      Saya mencurahkan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan yang maha Esa, dengan limpah dan kurnianya, dapat menyelesaikan tugasan Falsafah Dan Pendiidkan Di Malaysia (EDU 3101) ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Tuan Hj Mahat Bin Ibrahim, pensyarah saya di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan menjadi penyelia sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi.


1.0 PENGENALAN
Sebelum meneliti dengan lebih dalam lagi, adakah anda faham tentang maksud  ‘Falsafah’ ? Pada amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Falsafah berasal dari dua perkataan iaitu philo dan sophy. Phil  bermaksud cinta manakala sophi bermaksud ilmu. Oleh itu, .Falsafah pendidikan pula berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah dan pendidikan. Pendidikan berasal daripada satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Ia juga merupakan proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, pendidikan dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang di institusikan dan dikenali sebagai sekolah. Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal , hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Pendidikan juga merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu.


Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti
  Idealisme
  Realisme,
  Pragmatisme dan
  Eksistensialisme.
Secara umumnya, falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika yang mempercayai bahawa manusia memperolehi pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya. Daripada mazhab falsafah umum seperti yang telah dinyatakan telah melahirkan pelbagai falsafah pendidikan yang berasaskan kepadanya. Falsafah pendidikan terbahagi kepada empat iaitu perenialisme, esensialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme membawa pandangan konservatif terhadap pendidikan kerana beranggapan bahawa prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulangan. Esensialisme telah dibentuk oleh William C. Bagley memberi tumpuan kepada usaha mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah. Progresivisme telah diasaskan oleh John Dewey di Amerika Syarikat yang beranggapan sekolah berperanan menyediakan pelajar untuk menyesuaikandiri dengan keadaan yang sentiasa berubah. Akhir sekali rekonstruksionisme menekankan kepada perubahan dan pembaharuan

“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan…” (Abdullah Ahmad Badawi, 2006).

Lantaran hal ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal dan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dan dikenali sebagai FPK.  FPK mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. FPK digubal bagi melahirkan modal insan yang diharapkan negara iaitu modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berkemahiran tinggi, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta mempunyai ketahanan dan kebolehan untuk menghadapai persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 ini akan menjadi suluh dan panduan yang memberi bimbingan dan hala kepada segala usaha pendidikan di dalam institusi pendidikan. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara kita sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
FPK boleh membantu membangunkan sistem pendidikan negara sekaligus menganjakkan Malaysia ke kedudukan hadapan dalam senarai negara-negara maju masa kini. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan bagi individu dan negara bagi melahirkan warganegara yang mampu untuk menyumbang terhadap kemajuan negara seterusnya menjadi pewaris tampuk pemerintahan negara.



MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA/ MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya secara umum adalah untuk melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang berakhlak mulia. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri:
  Percaya kepada tuhan.
  Berakhlak mulia.
  Berilmu pengetahuan.
  Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
  Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
  Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat pertama Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara. Dalam usaha Malaysia mengejar pengiktirafan sebagai ‘negara maju’, setiap rakyat negara mempunyai tanggungjawab dan komitmennya untuk memacu pembangunan Negara. Antara tanggungjawab seorang rakyat negara Malaysia ialah:-

Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu memberi sumbangan terhadap kemajuan negara and menaikkan taraf negara Malaysia ke arah yang lebih gemilang dan terbilang.

Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya. Setiap warganegara mestilah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri yang merupakan lambang perpaduan rakyat. Semangat patriotisme yang ikhlas dan membara juga penting kerana rakyat yang cinta akan negara akan sanggup berkorban demi negara yang tercinta.






Matlamat yang keempat ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang saling menghormati tanpa mengira kaum, bangsa, agama, dan budaya akan membentuk sebuah negara yang aman damai. Sebarang perselisihan faham antara rakyat dapat dielakkan. Sebuah negara yang harmoni dapat memacu ke arah kegemilangan.

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai keseimbangan dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan modal-modal insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara.


2.0 BAGAIMANA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAPAT MEMBANTU DALAM PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG MAMPU MEMBERI SUMBANGAN KEPADA NEGARA.  

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan panduan yang membantu negara kita menentukan Matlamat Pendidikan Negara. FPK memainkan peranan yang penting dalam menjadi bimbingan untuk para pendidik memahami sistem pendidikan negara untuk membentuk modal insan yang dapat memberi sumbangan kepada negara.

Apakah yang dimaksudkan dengan modal insan? Modal insan merupakan salah satu aset penting sesebuah negara. Modal insan merupakan sumber intelek yang terdapat dalam diri setiap orang manusia. Modal insan merupakan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada masyarakat, negara dan dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang paling penting dalam membangunkan sesebuah negara dan merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Modal insan  mempunyai ciri-ciri seperti :

Untuk membangunkan modal insan, ilmu pengetahuan yang secukupnya perlu disampaikan kepada para pelajar. Guru-guru haruslah mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.

Mungkin terlintas di fikiran anda, mengapakah pembentukan modal insan begitu dititikberatkan dan diberi perhatian serta dianggap penting dalam proses pembangunan negara?
Pembentukan modal insan adalah penting kerana boleh melahirkan rakyat negara yang berakhlak mulia, berbudi bahasa, mengamalkan nilai-nilai murni, patriotik, dan bersikap progresif.

Tidak dapat kita nafikan bahawa modal insan merupakan satu-satunya jawapan untuk mengisi kelompongan-kelompongan nilai murni di kalangan rakyat Malaysia tatkala ini. Kejadian rasuah, pecah amanah, gangguan seksual dan jenayah lain terjadi kerana kekurangan modal insan di kalangan masyarakat. Persoalannya, bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat membantu dalam  pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial?

Kita semua mesti menyedari bahawa satu-satunya cara untuk membentuk modal insan, adalah dengan melalui proses pendidikan. Melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikan negara :-

Unsur pertama  yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum  adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara serta FPK yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ). Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.
Oleh itu, Pada tahun 1983, Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan, diikuti dengan Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Pembentukan dan pelaksanaan KBSR adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan berasaskan penetapan matlamat dan objektif pada tahap persekolahan tersebut. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, KBSR ditukarkan kepada nama yang baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Nama sahaja yang berubah tetapi kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. KBSR merupakan matlamat dan objektif yang disasarkan kepada murid pendidikan rendah dan dibentuk berdasarkan FPK seperti mana yang dihuraikan dalam matlamat pendidikan sekolah rendah iaitu :
            “…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika sosial. ”
            (Kurikulum Baru Sekolah Rendah, 1991:5)
Selain itu, KBSR juga berfokuskan kepada proses perlaksanaan yang merangkumi aspek-aspek seperti prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan,strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Rancangan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.


Untuk melahirkan modal insan, adalah penting untuk memastikan murid-murid berkembang secara menyeluruh dari peringkat sekolah rendah lagi yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetik dan sosial. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. . Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak.
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada rasional pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Faktor yang pertama ialah Dasar Pendidikan Negara yang berasaskan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. kepada pendidikan dalam bidang 3M.  Faktor yang kedua ialah cita dan ideologi negara, manakala faktor yang ketiga ialah Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah.

Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :
  Pembangunan modal insan
  Penghasilan pelajar celik minda
  Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
  Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.
Oleh itu, KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pada tahun 2011, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Mulai 2011, Kurikulum Sekolah Rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi erta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini adalah langkah pertama FPK membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan  Dasar Pendidikan Kebangsaan.  KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu
belajar untuk mengetahui (learning to know),
belajar untuk bertindak (learning to do),
belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be)

Walaupun terdapat banyak perubahan atau transformasi telah dilakukan, kurikulum KSSR masih mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan mempunyai beberapa penambahbaikan. Salah satu persamaan di antara kurikulum KBSR dan KSSR ialahprinsip kurikulum yang sama iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup (Long Life Learning).Hal ini ialah untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani untuk membangunkan negara Malaysia.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam KSSR merupakan elemen yang penting dalam mendukung hasrat FPK untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik.  Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:


Merujuk kepada prinsip pendekatan bersepadu, KSSR boleh melahirkan murid-murid yang mempunyai pengabungan pengetahuan, kemahiran dan nilai supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Ini selaras dengan FPK yang menyatakan “ ... memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu... “.Terdapat empat konsep pendekatan bersepadu iaitu penggabungjalinan, penyerapan, kesepaduan dua unsur,dan unsur merentasi kurikulum. Terdapat dua cara penggabung jalinan kemahiran iaitu dalam satu mata pelajaran dan mata pelajaran yang lain. Contoh penggabung jalinan kemahiran ialah di dalam matapelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ialah kemahiran mendengar digabung denga nkemahiran bertutur. Manakala contoh penggabung jalinan mata pelajaran ialah aktiviti menyanyi(muzik) digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Konsep Penyerapan ialah melalui pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran. Misalnya, unsur Matematik diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni. Nilai-nilai turut diterapkan dalam P&P seperti bekerjasama dan tolong-menolong. Seterusnya ialah konsep kesepaduan di antara dua unsur iaitu Kurikulum dan Kokurikulum, pengetahuan dan amalan serta pengalaman sedia ada dan pengalaman baru. Konsep pendekatan bersepadu yang terakhir ialah unsur merentasi kurikulum. Kurikulum KSSR terdapat elemen EMK (Elemen Merentas Kurikulum). EMK menerapkan 3 elemen baru untuk disepadukan dalam mata pelajaran dan topik yang bersesuaian. 3 elemen tersebut ialah elemen Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnya, di dalam mata pelajaran Matematik, murid melakukan aktiviti main peranan sebagai penjual dan pembeli di kantin dengan melibatkan aktiviti tambah dan tolak menggunakan wang. Ini secara tidak langsung telahmenerapkan nilai keusahawanan dalam aktiviti P&P.
Prinsip pendidikan yang saksama untuk semua murid menekankan kepentingan keadilan sejagat dalam bidang pendidikan yang mana membolehkan semua pelajar mendapat faedah dan juga kemudahan yang sama rata untuk belajar di mana-mana sekolah dan institusi pendidikan. Selain itu, sebagai sebuah Negara demokrasi berteraskan keadilan, semua warganegara berhak mendapat taraf pendidikan yang baik tanpa mengira aras, agama, jantina, kekayaan dan lain-lain.

Prinsip pendidikan seumur hidup yang terkandung dalam KSSR pula boleh melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan , berupaya berfikir dengan kreatif dan kritis. Prinsip ini memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Prinsip yang terdapat dalam KSSR ini akan membantu melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan tinggi dan terserlah dari segi intelek. Selain itu, modal insan yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi juga akan dibentuk sepanjang tempoh persekolahan dan terus berkembang sehingga akhir hayat.
Prinsip perkembangan individu secara menyeluruh dalam KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu. Prinsip ini menepati FPK yang menyatakan “ ...melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..
Berdasarkan kepada FPK, KSSR berhasrat mengembangkan modal insan yang seimbang yang merangkumi enam tunjang seperti berikut:-

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Kesemua tunjang ini merupakan unsur-unsur yang digubal berdasarkan FPK untuk menghasilkan modal insan.
Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. Menaakul bermaksud berupaya berfikiran secara logik. Murid-murid yang menguasai kemahiran ini boleh memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Murid-murid yang dapat berkomunikasi dengan baik boleh dikatakan mempunyai kemahiran interaksi sosial.
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Murid-murid dapat berkembang dengan cekap dan sihat melalui disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Contohnya, murid-murid mengikuti kelas Pendidikan Jasmani yang mengehendaki murid-murid bersenam supaya mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas. Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik mula menanam kreativiti, apresiasi dan bakat. Melalui tunjang ini, modal insan yang berupaya memberi tumpuan kepada daya berfikir secara kritis dan kreatif boleh dilahirkan. Murid-murid diterapkan dengan nilai-nilai kreativiti yang mana melalui pendedahan dengan kemahiran kreativiti dan inovasi, murid dapat mengembangkan potensi diri untuk mencuba malah membuat sesuatu yang baharu.
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan  amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan. Melalui tunjang ini, murid-murid yang mempunyai semangat patriotisme dan perpaduan, nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan juga disemai di hati dan jiwa mereka.. Modal insan yang berakhlak mulia boleh menjamin kesejahteraan hidup dan selanjutnya mewujudkan negara yang aman dan damai.

Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Hal ini menjamin pembentukan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani kerana penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang bertanggungjawab. Seseorang individu itu akan terlatih untuk bertanggungjawab ke atas tanggungan atau tugasan yang diberikan kepadanya. Begitu juga dengan aspek pembentukan insan seimbang yang selaras dengan matlamat FPK.

Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:
•    pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
•    pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
•    pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Tunjang KSSR ini mampu melahirkan murid-murid yang mampu untuk mengikuti perubahan arus teknologi dunia yang kian berkembang dengan pesatnya. Hal ini selaras dengan matlamat FPK yang mana ingin melahirkan modal insan yang berilmu dan mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara suatu masa nanti. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik turut ditekankan selaras dengan matlamat FPK yang mengembangkan potensi diri individu dalam pelbagai bidang mengikut kecerdasan pelbagai yang mereka miliki. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Melalui tunjang ini, modal insan yang menyeluruh serta cinta dan patuh akan Tuhan akan dilahirkan. Tunjang ini menepati FPK yang ingin membentuk modal insan yang yakin wujudnya Pencipta yang mencipta alam dan manusia. Insan yang patuh kepada agamanya merupakan insan yang sempurna dari segi rohaninya. Segala maksiat dan perbuatan hina akan dihindari; perbuatan yang baik dan nilai-nilai murni mengikut ajaran agama akan diamalkan. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi  Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.



3.0 SEJAUHMANAKAH GURU MAMPU MEREALISASIKAN ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH?

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS.
Petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi seperti berikut :
            “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

FPK ini ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

            Manakala, Falsafah Pendidikan Guru pula berbunyi seperti berikut:
            “ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
            Tujuan utama pembentukan FPG itu adalah untuk menjadi panduan bagi individu dan pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan untuk merealisasikan FPK. FPG ini menyenaraikan ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi aspirasi negara untuk melahirkan modal-modal insan negara.
Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru merupakan insan di mana murid-murid menjadikan “role model” dalam menimba ilmu. Untuk merealisasikan hasrat FPK dalam pembentukan modal insan, peranan guru amatlah penting. Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajaran untuk memastikan segala berjalan dengan jayanya.
Guru-guru memainkan peranan untuk mendedahkan ilmu ICT serta meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi murid-murid. Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi.

 Masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, dan pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah rendah, sekolah menengah dan di institusi pendidikan tinggi. Oleh itu, guru-guru  perlulah membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan ICT agar boleh mengapalikasikan pengetahuan yang dapat dalam bilik darjah. Contohnya, guru-guru haruslah menguasai kemahiran menggunakan persembahan multimedia (Powerpoint), komputer, overhead projector transperansi, slaid, projektor dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Pembelajaran daripada buku teks semata-mata adalah kurang menarik. Dengan adanya persembahan Powerpoint melalui projektor dalam kelas, murid-murid akan lebih memberi tumpuan dalam kelas kerana tertarik dengan grafik-grafik dan video yang ditayangkan. Guru-guru boleh mencari video atau filem pendek yang berkaitan dengan topik pengajaran kelas tersebut.  Selain itu, guru juga boleh mengamanahkan beberapa tugasan yang mengehendaki murid-murid menggunakan bahan-bahan ICT. Contohnya, tugasan yang meminta murid-murid Tahun 3 mencari maklumat tentang “ Sistem Solar “ dalam bentuk powerpoint. Ini boleh membantu meningkatkan kemahiran murid-murid menggunakan komputer, melayari internet dan membuat powerpoint. Melalui kemahiran penggunaan ICT, murid-murid dapat memperkayakan ilmu dan meningkatkan intelek. Ini boleh melahirkan modal insan yang celik ICT dan boleh menghadapi dunia berteknologi tinggi pada zaman moden ini.

Untuk memastikan objektif-objektif FPK dan KSSR tercapai, guru juga boleh mengamalkan strategi pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan cara berpusatkan murid-murid. Strategi ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (murid-murid sebagai individu), memberi pilihan kepada murid-murid (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan; sikap guru yang mendengar pandangan murid-murid dan melibatkan murid-murid untuk merancang.  Guru-guru perlulah memberikan peluang kepada murid-murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Ada sesetengah murid-murid yang hanya boleh belajar dan memberi tumpuan ketika belajar secara individu, manakala ada murid yang lebih suka belajar secara berkumpulan. Guru juga boleh melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.Guru juga boleh memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Contohnya, sebelum kelas yang seterusnya, guru boleh mendapatkan  pendapat daripada murid-murid sama ada ingin melibatkan persembahan powerpoint ataupun menggunakan carta grafik untuk aktiviti pembelajaran yang akan datang. Dengan menggunakan strategi ini, murid-murid akan  lebih proaktif, lebih memberi tumpuan dan lebih fokus pada pelajaran di bilik darjah. Guru-guru pun lebih mudah menguruskan murid-murid dan seterusnya menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
     
  .Pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid juga amat penting untuk melahirkan modal insan yang cinta akan negara dan sentiasa bersedia untuk memberi sumbangan untuk masyarakat dan negara seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam hal ini, guru-guru memainkan peranan yang perdana dalam pemupukan semangat patriotisme dalam murid-murid. Yang paling asas ialah, guru-guru boleh mengalakkan murid-murid menyanyikan lagu-lagu yang patriotik seperti KeranaMu Malaysia, Satu Malaysia, dan Malaysia Berjaya sebelum kelas bermula. Dengan ini, secara tidak langsung semangat patriotisme dapat disemai dalam jiwa kanak-kanak sejak kecil lagi.
 Guru-guru juga boleh mengalakkan murid-murid mengibarkan bendera Jalur Gemilang di dalam kelas, terutamanya pada bulan kemerdekaan. Suasana yang penuh dengan rasa patriotisme ini akan membentuk modal insan yang sanggup berkorban dan menyumbang bakti kepada negara.

      Organisasi sumber pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting untuk aktiviti pembelajaran di dalam bilik dajah. Sekiranya sumber pengajaran  dan pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasikan dengan baik, teratur dan sistematik, keberkesanan interaksi murid dengan bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat dipertingkatkan. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seorang guru harus memainkan peranan sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan mengelap tingkap, mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan-peraturan di dalam bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan menguruskan bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan berkesan. Guru-guru haruslah mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

Peranan guru yang seterusnya dalam merealisasikan FPK ialah sebagai kaunselor murid. Peranan guru tidak hanya semata-mata mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang terhad pada sukatan pembelajaran sahaja. Tetapi guru juga perlu mengambil berat tentang murid-muridnya supaya mereka boleh membesar dalam keadaan dan persekitaran yang sihat. Kaunselor berperanan dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya mereka menghadapi masalah. Selain daripada ibu bapa, guru merupakan insan terbaik dalam membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana sesetengah murid gagal berkomunikasi dengan ibu bapa apabila mereka menghadapi masalah. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam menenangkan fikiran dan emosi mereka supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang negatif. Guru juga harus meluangkan masa yang lebih dan memberi perhatian tambahan kepada murid-murid yang menghadapi masalah. Khususnya, mereka yang menghadapi masalah keluarga, kewangan, disiplin dan masalah kesihatan. Hal ini supaya murid-murid berasa selesa dan tidak menghadapi masalah untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat pencapaian yang terbaik. Guru, dalam usaha merealisasikan matlamat FPK dalam membentuk modal insan yang berilmu pengetahuan dan berintelek, juga berperanan melahirkan modal insan yang memiliki fikiran dan sikap yang waras, jiwa yang tenang serta tubuh badan yang sihat. Melalui ini , elemen FPK yang menyatakan rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri boleh dilahirkan.
Berikutnya, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan sebagai jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid di sekolah dilahirkan dengan bakat atau kebolehannya yang tersendiri dan istimewa. Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenal pasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Hal ini kerana, guru merupakan insan yang paling banyak meluangkan masa bersama murid-murid di sekolah. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan potensi yang ada di kalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam bidang sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat murid-murid dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai objektif “ Satu Murid Satu Sukan ”  dan  salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

        Salah satu elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Elemen ini penting kerana boleh melahirkan murid-murid dan modal insan yang berpegangan teguh kepada agamanya dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang berakhlak baik. Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia. Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Peranan agama yang paling dominant adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan. Pegangan agama juga dapat menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Untuk merealisasikan FPK, guru turut memainkan peranan yang penting dalam aspek ini. Di sekolah, guru yang beragama Islam boleh mengajar murid-murid yang beragama Islam tentang hukum-hukum agama Islam, mengkaji al-Quran dan sebagainya; guru yang beragama Kristian pula boleh mengadakan kelas belajar Kitab Suci dan mengalakkan murid-murid Kristian menyertai Persatuan Kristian; guru yang beragama Hindu boleh membawa murid-murid mengadakan lawatan ke Kuil-kuil Hindu atau menyertai perarakan Hari Thaipusam; manakala guru yang beragama Buddha boleh mengajar pertapaan kepada murid-murid yang beragama Buddha.
 
Kesedaran dan pengetahuan agama yang tinggi akan mengelakkan murid-murid daripada terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan tuntutan agama. Murid-murid yang percaya dan patuh kepada Tuhan merupakan modal insan yang akan bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya, akan mengikut dan mengamalkan ajaran agama, serta melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Guru-guru mestilah menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya di dalam bilik darjah kerana adalah penting untuk melatih murid-murid dari kecil tentang didikan agama yang kuat serta pembangunan insaniah dalam diri mereka. Didikan agama harus dari kecil bak pepeatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Contohnya, apabila guru membincangkan isu pembuangan bayi di sekolah, guru boleh menerangkan betapa pentingnya agama bagi seseorang individu kerana kerohanian mereka kukuh dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang aktiviti negatif.

         Guru juga memainkan peranan dalam merealisasikan FPK yang bermatlamat untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang berilmu. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Lebih 500,000 pelajar baru akan memasuki tahun satu dengan kurikulum baru iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama diperkenalkan. Antara mata pelajaran baru diperkenalkan iaitu Pendidikan Seni dan Visual selain Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab yang akan diperkenalkan pada tahap satu. Seramai 126,171 guru sekolah rendah berperanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi melaksanakan KSSR. Tanggungjawab ini sangat penting khususnya kepada guru-guru yang seharusnya memahami aspirasi dan tujuan pelaksanaan serta matlamat KSSR. Pembangunan insan mestilah bermula di peringkat kanak-kanak supaya mereka dapat dipupuk dengan nilai-nilai murni dan nilai moral yang baik serta disemai dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran di peringkat sekolah. Untuk melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan tinggi dan menjadi murid-murid minda kelas pertama, guru perlulah sentiasa mengalakkan murid-murid supaya banyak membaca kerana melalui pembacaan, banyak ilmu pengetahuan dan informasi tentang isu-isu semasa boleh didapati.


BIBLIOGRAFI
Mok Soon Sang. (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan
        Multimedia Sdn. Bhd.
Abdul Fatah Hassan (2008). Mengenal Falsafah Pendidikan. Selangor: Utusan
        Publications Sdn. Bhd.
Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan
        Pembelajaran. Selangor: PTS Professional.
Leslie WC. (2012, Mei 21). Perkaitan FPK dengan KSSR. Diakses daripada
       http://lwvc.blogspot.com/2012/05/perkaitan-fpk-dengan-matlamat-dokumen.html
Khairi Fendi. (2012, 6 10). Apa itu kssr. Diakses daripada
        http://portalsuria.blogspot.com/p/apa-itu-kssr.html
Nureuil Adha Mysara. (21, 2 2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
         Diakses daripada http://mrmnj.blogspot.com/2011/02/kurikulum-standard-sekolah-
         rendah-kssr.html
Adzeilla Yaacob. (2012, 7 25). Peranan guru. Retrieved from      
         http://www.slideshare.net/adzeilla/peranan-guru-13752586
Wandy. (2012, 2 9). Guru Merealisasikan Matlamat Pendidikan Negara. Retrieved from
        http://wandy-infinity.blogspot.com/2010/10/guru-merealisasikan-matlamat
        pendidikan.html
Muhammad Yusof , Muhammad Nurfahmi Mohamed , & Rohana Hamzah, (2011).
       Kemantapan penghayatan guru terhadap falsafah pendidikan kebangsaan asas
       membangunkan guru cemerlang. Journal of Edupres, 1, 271-278. Diakses daripada
       http://eprints.utm.my/17073/1/JOE-1-2011-033.pdf




Aly's Blog © 2014